Alhamdulillah baru selesai mengendalikan Kem Gemilang Sejarah di SMK. Sungkai. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Segala-galanya berjalan lancar dan mencapai objektif yang aku harapkan.
Pada mulanya agak risau juga memikirkan kehadiran pelajar memandangkan hujan pada sebelah pagi. Tambahan pula dengan sedikit masalah sound sistem yang boleh menjejaskan perjalanan program. Namun segalanya dapat diatasi berkat kerjasama dan komitmen tinggi guru-guru sejarah SMK. Sungkai. Tahniah Cikgu.
Sessi Icebreaking Brainfinity pada mulanya amat menggusarkan memandangkan respon pelajar yang agak pasif. Namun secara beransur-ansur dengan pelbagai pendekatan yang aku gunakan akhirnya keegoan, keloyar burukan dan sikap acuh tak acuh akhirnya lenyap sedikit-demi sedikit. Pada perkiraan aku hampir 2/3 pelajar yang hadir memberikan tumpuan sepenuhnya.
Hanya ada sedikit kumpulan pelajar yang terus memblok pemikiran mereka dengan aktiviti yang aku lakukan. Namun apabila tiba bab pernafasan alpha semunya memberi tumpuan. Bab memecahkan halangan minda sekali lagi ramai yang menitis dan mengalirkan air mata.
Terima kasih dan tahniah kepada peserta yang hadir, guru-guru sejarah SMK. Sungkai dan para Helpers yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi.