Showing posts with label Program Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Program Sejarah. Show all posts

Saturday, May 22, 2010

Kem Gemilang Sejarah SMK. Sungkai 22.5.2010 (Sabtu)


Alhamdulillah baru selesai mengendalikan Kem Gemilang Sejarah di SMK. Sungkai. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Segala-galanya berjalan lancar dan mencapai objektif yang aku harapkan.


Pada mulanya agak risau juga memikirkan kehadiran pelajar memandangkan hujan pada sebelah pagi. Tambahan pula dengan sedikit masalah sound sistem yang boleh menjejaskan perjalanan program. Namun segalanya dapat diatasi berkat kerjasama dan komitmen tinggi guru-guru sejarah SMK. Sungkai. Tahniah Cikgu.


Sessi Icebreaking Brainfinity pada mulanya amat menggusarkan memandangkan respon pelajar yang agak pasif. Namun secara beransur-ansur dengan pelbagai pendekatan yang aku gunakan akhirnya keegoan, keloyar burukan dan sikap acuh tak acuh akhirnya lenyap sedikit-demi sedikit. Pada perkiraan aku hampir 2/3 pelajar yang hadir memberikan tumpuan sepenuhnya.


Hanya ada sedikit kumpulan pelajar yang terus memblok pemikiran mereka dengan aktiviti yang aku lakukan. Namun apabila tiba bab pernafasan alpha semunya memberi tumpuan. Bab memecahkan halangan minda sekali lagi ramai yang menitis dan mengalirkan air mata.


Terima kasih dan tahniah kepada peserta yang hadir, guru-guru sejarah SMK. Sungkai dan para Helpers yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi.

Wednesday, May 19, 2010

Kem Gemilang Sejarah SMK. Sungkai...


Pada 22.5.2010 aku akan mengendalikan kem Gemilang Sejarah di sekolah jiran SMK. Sungkai. Selepas berjaya menganjurkannya di sekolah aku sendiri rupa-rupanya program ini menarik minat beberapa sekolah lagi untuk menganjurkannya.


Mulanya agak tidak berapa yakin juga untuk menerima jemputan tersebut memandangkan dah lama aku tak bercakap dikhalayak ramai luar daripada sempadan sekolah sendiri. Namun atas galakan orang rumah aku dan kawan-kawan aku kuatkan semangat juga untuk menerima jemputan sekolah lain.


Namun satu sahaja harapan aku apa yang aku ajarkan ialah teknik belajar sejarah bukan untuk lulus peperiksaan pertengahan tahun yang bakal menjelma tidak lama lagi. Teknik ini memerlukan jangkamasa yang panjang untuk pelajar menguasai dan membiasakan dengan gaya pembelajaran masing-masing.


Cikgu harus menguasai teknik ini agar sama-sama dapat digunakan sepanjang proses PnP. Namun janganlah hendaknya semangat yang berkobar hanya berlaku semasa kem ini berlangsung. Apabila menghadapi PnP pada hari-hari biasa semangat tersebut terus lesu. Semangat perlu Di Recharge agar ia sentiasa harum subur di hati.


Apabila ramai anak murid yang bertanya bila cikgu nak menganjurkan kem macam hari itu, aku menjadi lebih bersemangat. Idea, konsep dan metodologi yang aku gunakan rupanya memenuhi selera pelajar. Insyaalah untuk sekolah aku sendiri aku akan melanjutkannya dengan siri kedua dan mungkin ketiga. Banyak teknik yang aku rasakan boleh diaplikasikan dalam PnP agar PnP menjadi lebih hidup, ceria, menarik dan menyeronokkan.


Aku mengimpikan satu seminar atau kem yang dihadiri oleh ribuan pelajar. Insyallah matlamat itu akan tercapai sekiranya fikiran terus positif dan gigih berusaha. Seperti yang aku lafazkan dalam bisikan Alpha aku mahu menjadi fenomena di Malaysia satu hari nanti.....

Saturday, May 8, 2010

Kem Gemilang Sejarah Siri 1 8.5.2010

PROGRAM/AKTIVITI

Tarikh

Masa

Agenda

Venue

Presenter

8/5/2010

8.00pg

9.30pg

BRAINFINITY

ICE BREAKING

DEWAN JAUHARI

EN. NASRI

9.30pg

10.45pg

JEJAK SEJARAH

SEJARAH BAB 1-6

SEKITAR KAWASAN SEKOLAH

SEMUA GURU DAN AJK

10.45pg

11.00pg

KUDAPAN

KANTIN SEKOLAH

AJK

11.00pg

12.00t/hari

MIND MAPPING SESSION

DEWAN JAUHARI

ENCIK NASRI

12.00t/hari

1.00.t/hari

PRAKTIKAL DAN PRESENTATION

DEWAN JAUHARI

SEMUA GURU DAN AJK


Kem Gemilang Sejarah Siri 1 8.5.2010


Setelah hampir dua minggu menyediakan bahan untuk Kem Gemilang Sejarah, akhirnya kem tersebut berjaya dianjurkan dengan jayanya. Walaupun pelbagai halangan seperti laptop, lcd dan sound sistem yang tidak berfungsi pada saat akhir tetapi itu semua bukan penghalang untuk program tersebut berjalan dengan lancar.


Sesi Brainfinity Ice Breaking amat mengesankan jiwa apabila ramai yang menitiskan air mata. Konsep pernafasan dan getaran digabungkan untuk memberi kesan yang lebih jitu. Jejak Sejarah menjadi sesi yang menarik minat pelajar. Helpers juga telah memainkan peranan mereka dengan sangat berkesan. Sekalung tahniah diucapkan.


Sesi mind mapping Tony Buzan agak sikit terganggu kerana kekangan masa. Kesuntukan masa menyebabkan sesi ini tidak dapat dihuraikan dengan lebih dalam. Insyaalah untuk masa akan datang sesi ini akan dijalankan dalam jangkamasa yang lebih panjang bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar.


Tahniah juga diucapkan kepada semua guru sejarah Encik Aziz, Puan Hasliza dan Puan Azizah yang telah memberikan kerjasama dan komitmen tidak berbelah bagi. Semoga kita akan terus bergerak kehadapan bagi merangka dan menjalankan program yang lebih mantap dan berkesan untuk pelajar.
Related Posts with Thumbnails