Showing posts with label Sejarah sekitar-sekitar. Show all posts
Showing posts with label Sejarah sekitar-sekitar. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Baru dan lama : Balai Polis Sungkai



Kalau anda ke Sungkai melalui jalan pekan lama sudah pasti anda akan nampak balai polis lama Sungkai. Balai polis ni memang agak lama. Menurut Pak Reddy Ketua kampung Klah Baru balai polis ni didirikan pada tahun 1936.

Kalau anda biasa menyaksikan filem Bukit Kepong macam tu lah ropanya. Sangat klasik. Kini Balai polis terseput terbiar di mamah usia tanpa ada sebarang usaha untuk memuliharanya. Sebahagian bangunannya dijadikan store tempat penyimpanan perabot oleh sebuah kedai perabot di Sungkai.

Pada aku bangunan ni merupakan monumen sejarah Sungkai. Tidak boleh diusik dan digunakan sewenang-wenangnya. Ia perlu dipulihara agar terus dapat dilihat oleh generasi akan datang. Pihak-pihak tertentu perlu memikirkan kelangsungan hayat balai polis ini. Mungkin juga tempat tersebut boleh dijadikan sebagai Muzeum Sungkai yang menempatkan bahan-bahan sejarah dan juga memaparkan segala maklumat dan info tentang sejarah lama sungkai.

Tambahan pula kedudukannya yang strategik di tengah pekan Sungkai. Aku amat takut dan khuatir kalau ada pihak yang mempunyai kepentingan tertentu menggadaikan tapak tersebut untuk membangunkannya sebagai zon komersil. Sebagai pecinta sejarah dan warisan seni bangsa kalau keadaan ini berlaku aku amat kecewa.

Hilanglah sebuah legasi sungkai yang sarat dengan pelbagai peristiwa yang mewarnai nya sepanjang tertegaknya balai polis tersebut di bumi Putri Buih ini. Bagi aku Sungkai sebuah pekan yang banyak keunikannya. Sedikit-demi sedikit aku cuba membongkar lipatan sejarahnya yang terpendam didasarnya untuk ku angkat ke permukaan bagi tatapan generasi akan datang.

Baru dan lama : Masjid Sungkai



Masjid Sungkai lama terletak di Pekan Lama Sungkai. Kalau dilihat daripada segi rekabentuk bangunanannya memang klasik. Satu lagi monumen sejarah bagi Pekan Sungkai yang perlu dipertahankan.

Menurut Pak Ghaffar ketua Kg. AATin menjelaskan bahawa masjid ini sudah wujud semenjak tahun 1903 lagi. Binaan yang ada pada hari telah banyak dibuat penambahan. Bahagian tengah masjid itu merupakan binaan asalnya.

Kini masjid ini tidak boleh lagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai. Di samping itu masjid ini sering juga ditenggelami banjir yang saban tahun melanda kawasan pekan lama sungkai.

Oleh itu sebuah masjid baru telah dibina. Kedudukannnya di tepi jalan besar menjadikannya lebih strategik. Ini memudahkan bagi orang-ramai sama ada warga sungkai dan warga luar Sungkai untuk singgah di masjid ini.

Kini masjid lama menjadi pusat tahfiz untuk anak-anak di Sungkai. Pusat tahfiz ini sentiasa memerlukan sumbangan sesiapa sahaja yang berminat bagi menampung keperluan harian pelajar-pelajarnya.

Tanjong Belit @ Slim Village


Slim Village merupakan sebuah pekan kecil. Terletak di jalan lama menuju ke Kuala Lumpur satu ketila dulu. Nama lama bagi Slim Village ialah Tanjong Belit. Ia mendapat nama kerana sungainya yang bebelit.

Pada masa dahulu pengangkutan air merupakan jalan utama di sini. Bagi mengetahui aliran keluar masuk pelbagai jenis kenderaan air ke sini satu menara kawalan diletakkan di atas Bukit Peninjau (Kini menjadi kawasan perkuburan) . Seorang peninjau diletakkan di situ. Apabila ada sebarang kenderaan air yang hendak masuk ke Tanjong Belit maka peninjau tersebut memberitahu kepada orang-orang di Tanjong Belit dengan cara melaung.

Selepas Inggeris menguasai tanah melayu nama Tanjong Belit telah ditukar kepada Slim Village. Dahulu terdapat jambatan kayu yang merentangi sungai untuk kemudahan penduduk setempat. Semasa kemasukan Jepun ke Tanah Melayu jambatan ini menjadi rebutan di antara Jepun dan Inggeris. Difahamkan terjadi pertempuran yang hebat di sini.

Kini Slim Village masih berdiri menongkah arus permodenan. Walaupun kini Slim Village tidak lagi berada di jalan utama ke Kuala Lumpur dengan kepelbagaian aktiviti pertanian yang melatari penduduknya ia terus bertahan dari zaman ke zaman.

Dengan kepelbagaian ekologinya kini aktiviti berkayak dan 4 by 4 sering diadakan di sini. Terdapat juga kolam air panas yang belum dikormesialkan sepenuhnya. Kehijauan alam semulajadi pasti mengamit memori indah apabila anda berkunjung ke sini.

Sumber : Hasil temubual orang lama Slim Village
Related Posts with Thumbnails