Saturday, May 22, 2010
Kem Gemilang Sejarah SMK. Sungkai 22.5.2010 (Sabtu)
Wednesday, May 19, 2010
Kem Gemilang Sejarah SMK. Sungkai...
Sunday, May 16, 2010
Tun. Dr. Mahathir Mohamad
Tuesday, May 11, 2010
BAB 5: KEGEMILANGAN MELAKA
BAB 5:Kegemilangan Melaka
Bab 4:Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
Monday, May 10, 2010
Bab 3: Kerajaan Awal Asia Tenggara :Kerajaan Maritim
MUKASURAT 34-41
KERAJAAN MARITIM (LAUT)
Lokasi: Persisiran Pantai dan Muara Sungai
| Kerajaan | CHAMPA | CHIH TU (Tanah Merah) |
| Masa | 192 Masihi | 6 Masihi |
| Pengasas Pentadbiran | -Chu Lien -Bhadravarnom (400 Masihi) -Di tadbir 14 dinasti -Terdapat pegawai pemungut cukai | Raja Guatama -Raja berkuasa mutlak -Dibantu oleh 3 menteri dalam pemerintahan dan pentadbiran |
| Agama | Hindu | Pengaruh Hindu |
| Pelabuhan | Inderapura | |
| Brg dagangan | ||
Pusat Perdagangan |
| Kerajaan | SRIVIJAYA | KEDAH TUA (Kataha/ Cheh Cha) |
| Masa | 7 Masihi | 5 Masihi |
| Pengasas Pentadbiran | -Raja berkuasa mutlak -Raja di gunung & Maharaja di pulau -Menteri orang perantaran raja dan rakyat -Batu Bersurat 683 Masihi-terdapat 3 pentadbiran. Pentadbiran Diraja, Ketenteraan, Daerah | Sultan al-Mutawakil (847-861 M) Zaman kegemilangan Kedah Tua |
| Agama | Pengaruh Hindu | Hindu-Buddha |
| Pelabuhan | Palembang | Sg. Mas Lembah Bujang *Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang |
| Brg dagangan | Damar,Cendana, Kapur Barus, Kemenyan, Lada Hitam | Beras,Emas, BijihTimah, Lada Hitam, Damar,Rotan, Tanduk,Gading *Pengeluar utama padi |
Pusat Perdagangan | Cina,India dan Barat | Arab,Parsi, India dan Sri Langka | |
| Kerajaan | MAJAPAHIT |
| Masa | |
| Pengasas Pentadbiran | -Raden Wijaya -Raja Hayam Wuruk(Raja Senagara) *Zaman gemilang *Dibantu Perdana Menteri Patih Gajah Mada -Melaksanakan undang-undang Manu -Raja di bantu 4 menteri -Mengamalkan konsep Devaraja |
| Agama | Hindu-Buddha |
| Pelabuhan | Kedah Tua Temasik *destinasi utama perdagangan kurun ke-15 |
| Brg dagangan | |
Pusat Perdagangan | Asia Tenggara China,India dan Timur Tengah |
Bab 3: Kerajaan Awal Asia Tenggara :Kerajaan Agraria
BAB 3:Kerajaan Awal di Asia Tenggara: Kerajaan Agraria
MUKASURAT 33
KERAJAAN AGRARIA (PERTANIAN)
Lokasi: Tanah subur,lembangan sungai dan pedalaman
PERKARA | ANGKOR | FUNAN |
Masa | 7 Masihi | 1 Masihi |
Pusat Kerajaan | Hilir Sg. Mekong | Vyadphura |
Sumbangan | Barray/Angkor Wat | Empangan/Saliran/Takungan Air (Sg. Mekong) |
Pemerintah | -Raja (Devaraja) -Suryavarman(zaman kegemilangan) | -Kaundinya (Kurung Bnam) -Fan Shih-Man(Jeneral Agung) |
Agama | Hindu-Buddha | |
Kawasan Pertanian | Tasik Tonle Sap | |
Pelabuhan | Oc-Eo |
Pencerna Minda
mukasurat 34
Kurung Bnam
Raja-raja gunung
Bnam
gunung (gunung suci)
Baray
Kolam air besar (30 juta meter padua air)
disalirkan ke 12.5 juta ekar sawah
Angkor Wat
Rumah ibadat Agraria
Sumber Sejarah: Sumber Kedua (Sekunder)
Bab 1 : mukasurat 9
Sumber Kedua (Sekunder)
Sudah di Olah, Cetak dan Sebar (OCS=Ochards)
Contoh
Buku, Majalah, Jurnal, Ensiklopedia Akhbar,Risalah, Laporan tahunan jabatan
Untuk mengingati contoh
“BM JE Ah! Rugi Le”
Mudahnya Sejarah .....
Sumber Sejarah :Sumber Pertama (Primer)
Belum di Olah, Cetak dan Tafsir (OCT=October)
Contoh
Diari, Manuskrip, Batu bersurat, Fail rasmi jabatan,Surat peribadi
Untuk mengingati contoh
DMBFS
D=Dukun
M=Menurun
B=Buka
F=Fius
S=Salah
Dukun Menurun Buka Fius Salah
Baru dan lama : Balai Polis Sungkai
Kalau anda biasa menyaksikan filem Bukit Kepong macam tu lah ropanya. Sangat klasik. Kini Balai polis terseput terbiar di mamah usia tanpa ada sebarang usaha untuk memuliharanya. Sebahagian bangunannya dijadikan store tempat penyimpanan perabot oleh sebuah kedai perabot di Sungkai.
Pada aku bangunan ni merupakan monumen sejarah Sungkai. Tidak boleh diusik dan digunakan sewenang-wenangnya. Ia perlu dipulihara agar terus dapat dilihat oleh generasi akan datang. Pihak-pihak tertentu perlu memikirkan kelangsungan hayat balai polis ini. Mungkin juga tempat tersebut boleh dijadikan sebagai Muzeum Sungkai yang menempatkan bahan-bahan sejarah dan juga memaparkan segala maklumat dan info tentang sejarah lama sungkai.
Tambahan pula kedudukannya yang strategik di tengah pekan Sungkai. Aku amat takut dan khuatir kalau ada pihak yang mempunyai kepentingan tertentu menggadaikan tapak tersebut untuk membangunkannya sebagai zon komersil. Sebagai pecinta sejarah dan warisan seni bangsa kalau keadaan ini berlaku aku amat kecewa.
Hilanglah sebuah legasi sungkai yang sarat dengan pelbagai peristiwa yang mewarnai nya sepanjang tertegaknya balai polis tersebut di bumi Putri Buih ini. Bagi aku Sungkai sebuah pekan yang banyak keunikannya. Sedikit-demi sedikit aku cuba membongkar lipatan sejarahnya yang terpendam didasarnya untuk ku angkat ke permukaan bagi tatapan generasi akan datang.