Saturday, May 22, 2010

Kem Gemilang Sejarah SMK. Sungkai 22.5.2010 (Sabtu)


Alhamdulillah baru selesai mengendalikan Kem Gemilang Sejarah di SMK. Sungkai. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Segala-galanya berjalan lancar dan mencapai objektif yang aku harapkan.


Pada mulanya agak risau juga memikirkan kehadiran pelajar memandangkan hujan pada sebelah pagi. Tambahan pula dengan sedikit masalah sound sistem yang boleh menjejaskan perjalanan program. Namun segalanya dapat diatasi berkat kerjasama dan komitmen tinggi guru-guru sejarah SMK. Sungkai. Tahniah Cikgu.


Sessi Icebreaking Brainfinity pada mulanya amat menggusarkan memandangkan respon pelajar yang agak pasif. Namun secara beransur-ansur dengan pelbagai pendekatan yang aku gunakan akhirnya keegoan, keloyar burukan dan sikap acuh tak acuh akhirnya lenyap sedikit-demi sedikit. Pada perkiraan aku hampir 2/3 pelajar yang hadir memberikan tumpuan sepenuhnya.


Hanya ada sedikit kumpulan pelajar yang terus memblok pemikiran mereka dengan aktiviti yang aku lakukan. Namun apabila tiba bab pernafasan alpha semunya memberi tumpuan. Bab memecahkan halangan minda sekali lagi ramai yang menitis dan mengalirkan air mata.


Terima kasih dan tahniah kepada peserta yang hadir, guru-guru sejarah SMK. Sungkai dan para Helpers yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi.

Wednesday, May 19, 2010

Kem Gemilang Sejarah SMK. Sungkai...


Pada 22.5.2010 aku akan mengendalikan kem Gemilang Sejarah di sekolah jiran SMK. Sungkai. Selepas berjaya menganjurkannya di sekolah aku sendiri rupa-rupanya program ini menarik minat beberapa sekolah lagi untuk menganjurkannya.


Mulanya agak tidak berapa yakin juga untuk menerima jemputan tersebut memandangkan dah lama aku tak bercakap dikhalayak ramai luar daripada sempadan sekolah sendiri. Namun atas galakan orang rumah aku dan kawan-kawan aku kuatkan semangat juga untuk menerima jemputan sekolah lain.


Namun satu sahaja harapan aku apa yang aku ajarkan ialah teknik belajar sejarah bukan untuk lulus peperiksaan pertengahan tahun yang bakal menjelma tidak lama lagi. Teknik ini memerlukan jangkamasa yang panjang untuk pelajar menguasai dan membiasakan dengan gaya pembelajaran masing-masing.


Cikgu harus menguasai teknik ini agar sama-sama dapat digunakan sepanjang proses PnP. Namun janganlah hendaknya semangat yang berkobar hanya berlaku semasa kem ini berlangsung. Apabila menghadapi PnP pada hari-hari biasa semangat tersebut terus lesu. Semangat perlu Di Recharge agar ia sentiasa harum subur di hati.


Apabila ramai anak murid yang bertanya bila cikgu nak menganjurkan kem macam hari itu, aku menjadi lebih bersemangat. Idea, konsep dan metodologi yang aku gunakan rupanya memenuhi selera pelajar. Insyaalah untuk sekolah aku sendiri aku akan melanjutkannya dengan siri kedua dan mungkin ketiga. Banyak teknik yang aku rasakan boleh diaplikasikan dalam PnP agar PnP menjadi lebih hidup, ceria, menarik dan menyeronokkan.


Aku mengimpikan satu seminar atau kem yang dihadiri oleh ribuan pelajar. Insyallah matlamat itu akan tercapai sekiranya fikiran terus positif dan gigih berusaha. Seperti yang aku lafazkan dalam bisikan Alpha aku mahu menjadi fenomena di Malaysia satu hari nanti.....

Sunday, May 16, 2010

Tun. Dr. Mahathir Mohamad


"Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu"

Tuesday, May 11, 2010

BAB 5: KEGEMILANGAN MELAKA


Satu lagi teknik yang sangat berkesan untuk pelajar mengingati fakta sejarah ialah

Teknik Imaginasi

Tugas-tugas syahbandar mukasurat 61



1. Menguruskan pasar dan gudang

2. Menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang

3. Memeriksa alat timbang dan sukat serta matawang

4. Menjadi hakim dipelabuhan

5. Menguatkuasa peraturan keluar masuk kapal.

6. Menguruskan cukai.


Cuba anda bayangkan syahbandar seorang gergasi yang besar dan berwarna merah.


1. Tugas 1- Bayangkan setiap hari dia akan melawat pasar dan gudang .

2. Tugas 2- dia sentiasa membawa senapang untuk menjaga keselamatan dan kebajikan.

3. tugas 3- Dia juga suka memeriksa timbang dan duit. Anda bayangkan dacing dan duit

4.tugas 4- dia memakai topi hakim untuk menjadi hakim dipelabuhan. anda bayangkan dia memakai topi hakim.

5.tugas 5-dia juga memeriksa kapal keluar masuk. Sambil memakai topi hakim dia memerhatikan kapa keluar masuk.

6. tugas 6- Dia juga suka menguruskan cukai. ditanganya asyik mengira duit cukai.


Pada hari itu Gergasi syahbandat pergi kedua tempat pasar/ gudang dan pelabuhan. di pasar/gudang dia sentiasa melihat dacing yang penuh dengan duit smabil disandangnya senapang untuk menjaga keselamatan dan kebajikan pedagang. Kemudian dia ke pelabuhan untuk menjadi hakim dan memerhatikan kapal keluar masuk sambil mengira duit cukai di tangannya. Senangkan untuk mengingatinya.


Pelajar perlu memejamkan mata sambil membayangkan syahbandar gergasi merah yang menjalankan enam tugasan tersebut. Perlu diulang berkali-kali untuk mengingatinya dengan lebih lama di dalam minda....Kalau boleh bayangkan bunyi effect kaki gergasi syahbandar berjalan.






BAB 5:Kegemilangan Melaka


Pusat Perdagangan :Kedudukan Geografi :Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 ms: 61
Setelah dibaca,difahami dan dikeluarkan isi penting barulah kita akan mendapat kata kuncinya untuk dijadikan peta minda
Di dalam bab 5 di bawah tajuk pusat perdangan dan tajuk kecilnya kedudukan geografi terdapat enam pecahan isi utama yang boleh dijadikan kata kunci untuk membuat peta minda.
1. Semenanjung tanah melaju terletak ditengah perjalanan timur dan barat kata kuncinya dipersembahkan dalam bentuk mata angin yang ada titik di tengahnya yang menggambarkan kedudukan semenanjung tanah melayu di tengah-tengah perjalanan timur dan barat.
2. Pedagang mendapatkan bekalan makanan kata kuncinya gambar makanan dalam pinggan yang masih panas.
3. pedagang juga mendapatkan air minuman kata kuncinya gambar cawan yang airnya masih lagi berasap.
4. Muara sungai melaka yang dalam kata kuncinya sungai yang anak panahnya menunujukkan ke bawah yang menggambarkan muara sungai yang dalam.
5. Pelabuhan melaka terlindung tiupan angin monsun kata kuncinya gambar angin dan perkataan monsun . Banjaran titiwangsa melindungi angin monsun timur laut dan Pulau sumatera melindungi angin monsun barat daya.
6. Bentuk mukabumi melaka yang berbukit bukau kata kuncinya gambar bukit yang menjadi panduan kapal dagang dan strategik untuk memerhati dan mengawasi musuh

Bab 4:Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka


Kegigihan Parameswara membangunkan kesultanan melayu Melaka :ms 50
Peta minda atau mind mapping merupakan alat yang membantu pelajar untuk mengingat sesuatu fakta dengan lebih lama dan mengeluarkannya dalam bentuk yang tersusun dan sistematik. Dinasihatkan kepada pelajar untuk membaca terlebih dahulu sesuatu topik yang dipelajari. Setelah memahami apa yang dibaca pelajar dikehendaki mengeluarjkan isi penting. Setelah itu barulah dicari kata kunci yang boleh digunakan untuk membuat peta minda.
Contohnya dalam Bab 4 di bawah sub tajuk Kegigihan Parameswara membangunkan Melaka mukasurat 50 terdapat 5 faktor mengapa melaka boleh membangun.
Gambar ditengah-tengah melambangkan Parameswara yang membangunkan Melaka
Dipecahkan kepada lima cabang dan dibaca mengikut arah jam.
1. Sistem pemerintahan teratur kata kuncinya ialah pemerintahan dan dipecahkan kepada 3 golongan yang membantu pemerintahan melaka dan tugas mereka
2. Kemudahan Pelabuhan kata kuncinya Pelabuhan ada lima pecahan tentang pelabuhan yang kesemuanya dipersembahkan dalam bentuk gambar bagi memudahkan pelajar mengingatinya.
3. Hubungan diplomatik kata kuncinya diplomatik dipersembahkan dalam bentuk bendera 2 negara.
4. Bantuan orang laut kata kuncinya gambar orang dan perkataan laut yang membawa maksud orang laut dan peranan mereka.
5. Ikatan konsep daulat kata kuncinya daulat.

Monday, May 10, 2010

Kata Socrates



"Silalah berkahwin jikalau itu yang membahagiakan anda. Andainya anda mendapat isteri yang baik, anda akan bahagia. Sekiranya anda mendapat seorang isteri yang teruk, anda akan menjadi ahli falsafah"

Bab 3: Kerajaan Awal Asia Tenggara :Kerajaan Maritim

MUKASURAT 34-41



KERAJAAN MARITIM (LAUT)


Lokasi: Persisiran Pantai dan Muara Sungai

Kerajaan

CHAMPA

CHIH TU

(Tanah Merah)

Masa

192 Masihi

6 Masihi

Pengasas

Pentadbiran

-Chu Lien

-Bhadravarnom

(400 Masihi)

-Di tadbir 14

dinasti

-Terdapat

pegawai pemungut

cukai

Raja Guatama

-Raja berkuasa

mutlak

-Dibantu oleh 3

menteri dalam

pemerintahan dan

pentadbiran

Agama

Hindu

Pengaruh Hindu

Pelabuhan

Inderapura

Brg dagangan

Pusat Perdagangan

Kerajaan

SRIVIJAYA

KEDAH TUA

(Kataha/

Cheh Cha)

Masa

7 Masihi

5 Masihi

Pengasas

Pentadbiran

-Raja berkuasa

mutlak

-Raja di gunung &

Maharaja di pulau

-Menteri orang

perantaran raja

dan rakyat

-Batu Bersurat 683

Masihi-terdapat 3

pentadbiran.

Pentadbiran Diraja,

Ketenteraan, Daerah

Sultan al-Mutawakil (847-861 M) Zaman kegemilangan

Kedah Tua

Agama

Pengaruh Hindu

Hindu-Buddha

Pelabuhan

Palembang

Sg. Mas

Lembah Bujang

*Gunung Jerai

menjadi panduan

kapal dagang

Brg dagangan

Damar,Cendana, Kapur Barus, Kemenyan,

Lada Hitam

Beras,Emas, BijihTimah,

Lada Hitam, Damar,Rotan,

Tanduk,Gading

*Pengeluar

utama padi

Pusat Perdagangan

Cina,India dan Barat

Arab,Parsi,

India dan

Sri Langka

Kerajaan

MAJAPAHIT

Masa

Pengasas

Pentadbiran

-Raden Wijaya

-Raja Hayam

Wuruk(Raja

Senagara)

*Zaman gemilang

*Dibantu Perdana

Menteri

Patih Gajah Mada

-Melaksanakan

undang-undang

Manu

-Raja di bantu 4

menteri

-Mengamalkan

konsep Devaraja

Agama

Hindu-Buddha

Pelabuhan

Kedah Tua

Temasik

*destinasi utama

perdagangan

kurun ke-15

Brg dagangan

Pusat Perdagangan

Asia Tenggara

China,India dan Timur Tengah

Bab 3: Kerajaan Awal Asia Tenggara :Kerajaan Agraria

BAB 3:Kerajaan Awal di Asia Tenggara: Kerajaan Agraria

MUKASURAT 33

KERAJAAN AGRARIA (PERTANIAN)

Lokasi: Tanah subur,lembangan sungai dan pedalaman

PERKARA

ANGKOR

FUNAN

Masa

7 Masihi

1 Masihi

Pusat Kerajaan

Hilir Sg. Mekong

Vyadphura

Sumbangan

Barray/Angkor Wat

Empangan/Saliran/Takungan Air (Sg. Mekong)

Pemerintah

-Raja (Devaraja)

-Suryavarman(zaman kegemilangan)

-Kaundinya (Kurung Bnam)

-Fan Shih-Man(Jeneral Agung)

Agama

Hindu-Buddha

Kawasan

Pertanian

Tasik Tonle Sap

Pelabuhan

Oc-Eo

Pencerna Minda

mukasurat 34

Kurung Bnam

Raja-raja gunung

Bnam

gunung (gunung suci)

Baray

Kolam air besar (30 juta meter padua air)

disalirkan ke 12.5 juta ekar sawah

Angkor Wat

Rumah ibadat Agraria

Sumber Sejarah: Sumber Kedua (Sekunder)




Sejarah Tingkatan 1

Bab 1 : mukasurat 9

Sumber Kedua (Sekunder)

Sudah di Olah, Cetak dan Sebar (OCS=Ochards)

Contoh


Buku, Majalah, Jurnal, Ensiklopedia Akhbar,Risalah, Laporan tahunan jabatan


Untuk mengingati contoh


“BM JE Ah! Rugi Le



Mudahnya Sejarah .....


Sumber Sejarah :Sumber Pertama (Primer)

Sejarah Tingkatan 1


Bab 1 : mukasurat 9


Sumber Pertama (Primer)


Belum di Olah, Cetak dan Tafsir (OCT=October)


Contoh


Diari, Manuskrip, Batu bersurat, Fail rasmi jabatan,Surat peribadi


Untuk mengingati contoh


DMBFS


D=Dukun


M=Menurun


B=Buka


F=Fius


S=Salah


Dukun Menurun Buka Fius Salah

Baru dan lama : Balai Polis Sungkai



Kalau anda ke Sungkai melalui jalan pekan lama sudah pasti anda akan nampak balai polis lama Sungkai. Balai polis ni memang agak lama. Menurut Pak Reddy Ketua kampung Klah Baru balai polis ni didirikan pada tahun 1936.

Kalau anda biasa menyaksikan filem Bukit Kepong macam tu lah ropanya. Sangat klasik. Kini Balai polis terseput terbiar di mamah usia tanpa ada sebarang usaha untuk memuliharanya. Sebahagian bangunannya dijadikan store tempat penyimpanan perabot oleh sebuah kedai perabot di Sungkai.

Pada aku bangunan ni merupakan monumen sejarah Sungkai. Tidak boleh diusik dan digunakan sewenang-wenangnya. Ia perlu dipulihara agar terus dapat dilihat oleh generasi akan datang. Pihak-pihak tertentu perlu memikirkan kelangsungan hayat balai polis ini. Mungkin juga tempat tersebut boleh dijadikan sebagai Muzeum Sungkai yang menempatkan bahan-bahan sejarah dan juga memaparkan segala maklumat dan info tentang sejarah lama sungkai.

Tambahan pula kedudukannya yang strategik di tengah pekan Sungkai. Aku amat takut dan khuatir kalau ada pihak yang mempunyai kepentingan tertentu menggadaikan tapak tersebut untuk membangunkannya sebagai zon komersil. Sebagai pecinta sejarah dan warisan seni bangsa kalau keadaan ini berlaku aku amat kecewa.

Hilanglah sebuah legasi sungkai yang sarat dengan pelbagai peristiwa yang mewarnai nya sepanjang tertegaknya balai polis tersebut di bumi Putri Buih ini. Bagi aku Sungkai sebuah pekan yang banyak keunikannya. Sedikit-demi sedikit aku cuba membongkar lipatan sejarahnya yang terpendam didasarnya untuk ku angkat ke permukaan bagi tatapan generasi akan datang.

Baru dan lama : Masjid Sungkai



Masjid Sungkai lama terletak di Pekan Lama Sungkai. Kalau dilihat daripada segi rekabentuk bangunanannya memang klasik. Satu lagi monumen sejarah bagi Pekan Sungkai yang perlu dipertahankan.

Menurut Pak Ghaffar ketua Kg. AATin menjelaskan bahawa masjid ini sudah wujud semenjak tahun 1903 lagi. Binaan yang ada pada hari telah banyak dibuat penambahan. Bahagian tengah masjid itu merupakan binaan asalnya.

Kini masjid ini tidak boleh lagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai. Di samping itu masjid ini sering juga ditenggelami banjir yang saban tahun melanda kawasan pekan lama sungkai.

Oleh itu sebuah masjid baru telah dibina. Kedudukannnya di tepi jalan besar menjadikannya lebih strategik. Ini memudahkan bagi orang-ramai sama ada warga sungkai dan warga luar Sungkai untuk singgah di masjid ini.

Kini masjid lama menjadi pusat tahfiz untuk anak-anak di Sungkai. Pusat tahfiz ini sentiasa memerlukan sumbangan sesiapa sahaja yang berminat bagi menampung keperluan harian pelajar-pelajarnya.
Related Posts with Thumbnails