Monday, May 10, 2010

Baru dan lama : Balai Polis Sungkai



Kalau anda ke Sungkai melalui jalan pekan lama sudah pasti anda akan nampak balai polis lama Sungkai. Balai polis ni memang agak lama. Menurut Pak Reddy Ketua kampung Klah Baru balai polis ni didirikan pada tahun 1936.

Kalau anda biasa menyaksikan filem Bukit Kepong macam tu lah ropanya. Sangat klasik. Kini Balai polis terseput terbiar di mamah usia tanpa ada sebarang usaha untuk memuliharanya. Sebahagian bangunannya dijadikan store tempat penyimpanan perabot oleh sebuah kedai perabot di Sungkai.

Pada aku bangunan ni merupakan monumen sejarah Sungkai. Tidak boleh diusik dan digunakan sewenang-wenangnya. Ia perlu dipulihara agar terus dapat dilihat oleh generasi akan datang. Pihak-pihak tertentu perlu memikirkan kelangsungan hayat balai polis ini. Mungkin juga tempat tersebut boleh dijadikan sebagai Muzeum Sungkai yang menempatkan bahan-bahan sejarah dan juga memaparkan segala maklumat dan info tentang sejarah lama sungkai.

Tambahan pula kedudukannya yang strategik di tengah pekan Sungkai. Aku amat takut dan khuatir kalau ada pihak yang mempunyai kepentingan tertentu menggadaikan tapak tersebut untuk membangunkannya sebagai zon komersil. Sebagai pecinta sejarah dan warisan seni bangsa kalau keadaan ini berlaku aku amat kecewa.

Hilanglah sebuah legasi sungkai yang sarat dengan pelbagai peristiwa yang mewarnai nya sepanjang tertegaknya balai polis tersebut di bumi Putri Buih ini. Bagi aku Sungkai sebuah pekan yang banyak keunikannya. Sedikit-demi sedikit aku cuba membongkar lipatan sejarahnya yang terpendam didasarnya untuk ku angkat ke permukaan bagi tatapan generasi akan datang.

2 comments:

  1. setahu saya banggunan ni dah barai kan ? mase tu dalam tahun 2005 . lebih teruk dari yang gambar tu .

    ReplyDelete
  2. Saya anak jati Sungkai. Memang sedih bila sejarah terabai begitu saja. Orang tua-tua yang arif mengenai sejarah tersebut ramai yang telah tiada termasuklah arwah abah dan Tok Wan saya. Tok Wan - Haji Hassan Mohd Amin adalah pengasas utama Masjid lama Sungkai. Rasa sedih bila masjid tersebut tidak digunakan lagi apabila masjid baru telah dibina di tepi jalan raya berhampiran kubur tapi abah tetap ke masjid lama mengerjakan solat semasa masjid tersebut belum dijadikan tempat belajar agama.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails