Wednesday, May 19, 2010

Kem Gemilang Sejarah SMK. Sungkai...


Pada 22.5.2010 aku akan mengendalikan kem Gemilang Sejarah di sekolah jiran SMK. Sungkai. Selepas berjaya menganjurkannya di sekolah aku sendiri rupa-rupanya program ini menarik minat beberapa sekolah lagi untuk menganjurkannya.


Mulanya agak tidak berapa yakin juga untuk menerima jemputan tersebut memandangkan dah lama aku tak bercakap dikhalayak ramai luar daripada sempadan sekolah sendiri. Namun atas galakan orang rumah aku dan kawan-kawan aku kuatkan semangat juga untuk menerima jemputan sekolah lain.


Namun satu sahaja harapan aku apa yang aku ajarkan ialah teknik belajar sejarah bukan untuk lulus peperiksaan pertengahan tahun yang bakal menjelma tidak lama lagi. Teknik ini memerlukan jangkamasa yang panjang untuk pelajar menguasai dan membiasakan dengan gaya pembelajaran masing-masing.


Cikgu harus menguasai teknik ini agar sama-sama dapat digunakan sepanjang proses PnP. Namun janganlah hendaknya semangat yang berkobar hanya berlaku semasa kem ini berlangsung. Apabila menghadapi PnP pada hari-hari biasa semangat tersebut terus lesu. Semangat perlu Di Recharge agar ia sentiasa harum subur di hati.


Apabila ramai anak murid yang bertanya bila cikgu nak menganjurkan kem macam hari itu, aku menjadi lebih bersemangat. Idea, konsep dan metodologi yang aku gunakan rupanya memenuhi selera pelajar. Insyaalah untuk sekolah aku sendiri aku akan melanjutkannya dengan siri kedua dan mungkin ketiga. Banyak teknik yang aku rasakan boleh diaplikasikan dalam PnP agar PnP menjadi lebih hidup, ceria, menarik dan menyeronokkan.


Aku mengimpikan satu seminar atau kem yang dihadiri oleh ribuan pelajar. Insyallah matlamat itu akan tercapai sekiranya fikiran terus positif dan gigih berusaha. Seperti yang aku lafazkan dalam bisikan Alpha aku mahu menjadi fenomena di Malaysia satu hari nanti.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails